Saturday, November 24, 2012



________________________________________________________________________



Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Tahun 2
Bentuk Tiga Dimensi

________________________________________________________________________




Pendahuluan


Mulai tahun 2011, sukatan pelajaran matematik sekolah rendah telah diubah kepada KSSR. Ini bermaksud sukatan pelajaran matematik yang terkandung dalam Tahun 3 telah pun dimuatkan ke dalam sukatan pelajaran matematik Tahun 2 (KSSR), termasuk tajuk Tiga Dimensi. Tajuk bentuk tiga dimensi ini adalah tajuk yang agak baru kepada murid-murid Tahun 2 dan mungkin murid-murid kurang faham tentang bentuk tiga dimensi, jenis-jenis dan ciri-ciri bentuk tiga dimensi. Oleh itu, saya berusaha membangunkan blog ini bagi membantu murid-murid Tahun 2 (KSSR) untuk mengenal pasti bentuk-bentuk tiga dimensi dalam topik Bentuk Tiga Dimensi supaya proses pembelajaran murid-murid akan menjadi lebih berkesan dan efektif. Semoga blog Klinik Matematik Cikgu Liu ini dapat membantu murid-murid memahami tajuk tiga dimensi ini dengan lebih jelas lagi.


________________________________________________________________________


Objektif

Blog Klinik Matematik Cikgu Liu ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid supaya murid-murid dapat :

i)        Mengenal pasti bentuk tiga dimensi.
ii)       Mengetahui jenis-jenis bentuk tiga dimensi.
iii)      Memahami ciri-ciri bentuk tiga dimensi.
iv)      Mempelajari bilangan ciri bentuk tiga dimensi.



________________________________________________________________________



Kandungan

Blog Klinik Matematik Cikgu Liu ini mengandungi bahagian-bahagian berikut :

A.       Pengenalan jenis-jenis bentuk tiga dimensi
B.        Contoh-contoh bentuk tiga dimensi
C.       Ciri-ciri bentuk tiga dimensi
D.       Bilangan ciri-ciri bentuk tiga dimensi
E.        Latihan pengayaan
F.        Aktiviti pengukuhan
G.       Rumusan
H.        Biblografi
I.         Video animasi tiga dimensi
J.        Kuiz bentuk tiga dimensi



________________________________________________________________________



A.      Pengenalan Jenis-Jenis Bentuk Tiga Dimensi

          

Bentuk tiga dimensi adalah bentuk tiga dimensi (tiga matra) yang  mengandungi tiga dimensi, iaitu panjang lebar dan tinggi. Bentuk tiga dimensi juga mempunyai permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu. Bentuk tiga dimensi mempunyai banyak jenis. Setiap bentuk tiga dimensi mempunyai nama dan ciri-ciri yang berlainan. Mengikut sukatan pelajaran matematik Tahun 2 (KSSR), murid-murid hanya perlu mempelajari 6 jenis bentuk tiga dimensi, iaitu : 

          (i)         Kubus
          (ii)        Kuboid
          (iii)       Kon
          (iv)      Piramid
          (v)       Silinder
          (vi)      Sfera






________________________________________________________________________



B.     Contoh-contoh Bentuk Tiga Dimensi


(i)        Kubus

Kubus mempunyai permukaan rata, sisi dan bucu. Kubus tidak mempunyai permukaan melengkung. Kesemua permukaan rata kubus adalah sama. Contoh-contoh kubus adalah seperti kotak berbentuk kubus, kotak tisu berbentuk kubus, ais batu berbentuk kubus, dadu dan kubus rubik.

Contoh-contoh kubus



(ii)        Kuboid

Kuboid mempunyai permukaan rata, sisi dan bucu. Kuboid tidak mempunyai permukaan melengkung. Kuboid merupai kubus. Perbezaan kuboid dan kubus adalah kuboid tidak mempunyai permukaan rata yang sama. Contoh-contoh kuboid adalah seperti kotak berbentuk kuboid, kotak tisu berbentuk kuboid, pemadan pensel, pengasah pensel dan almari berbentuk kuboid.
Contoh-contoh kuboid



(iii)       Kon

Kon mempunyai permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu.  Contoh-contoh kon adalah seperti cawan ais krim, cawan berbentuk kon, skitel dan topi permainan berbentuk kon.


Contoh-contoh kon




(iv)      Silinder

Silinder mempunyai permukaan rata, permukaan melengkung dan sisi. Silinder tidak mempunyai bucu. Contoh-contoh silinder adalah seperti tin makanan dan minuman berbentuk silinder dan bangunan berbentuk silinder.


 Contoh-contoh silinder



(v)       Piramid

Piramid mempunyai permukaan rata, sisi dan bucu. Piramid tidak mempunyai permukaan melengkung. Contoh-contoh piramid adalah seperti piramid di negara Mesir.

Contoh-contoh piramid




(vi)      Sfera

Sfera mempunyai permukaan melengkung sahaja. Sfera tidak mempunyai permukaan rata, sisi dan bucu. Contoh-contoh sfera adalah seperti bola, guli dan buah tembikai yang berbentuk sfera.

Contoh-contoh sfera



________________________________________________________________________


C.       Ciri-Ciri Bentuk Tiga Dimensi

(i)        Kubus

Kubus mempunyai 6 permukaan rata, 12 sisi dan 8 bucu. Kubus tidak mempunyai permukaan melengkung. Keenam-enam permukaan rata kubus adalah sama. Ciri-ciri kubus adalah seperti berikut :

Bentuk
Permukaan rata
Permukaan melengkung
sisi
bucu
Kubus
6
0
12
8

Ciri-ciri kubus



(ii)        Kuboid

Kuboid mempunyai 6 permukaan rata,  12 sisi dan 8 bucu. Kuboid tidak mempunyai permukaan melengkung. Kuboid merupai kubus. Perbezaan kuboid dan kubus adalah kuboid mempunyai permukaan rata yang tidak sama.

Bentuk
Permukaan rata
Permukaan melengkung
sisi
bucu
Kuboid
6
0
12
8

Ciri-ciri kuboid



(iii)     Kon

Kon mempunyai satu permukaan rata, satu permukaan melengkung, satu sisi dan satu bucu.  Ciri-ciri kon adalah seperti berikut :

Bentuk
Permukaan rata
Permukaan melengkung
sisi
bucu
Kon
1
1
1
1


Ciri-ciri kon




(iv)      Silinder

Silinder mempunyai dua permukaan rata, satu permukaan melengkung dan dua sisi. Silinder tidak mempunyai bucu. Ciri-ciri silinder adalah seperti berikut :

Bentuk
Permukaan rata
Permukaan melengkung
sisi
bucu
Silinder
2
1
2
0

Ciri-ciri silinder





(v)       Piramid

Piramid mempunyai lima permukaan rata, lapan sisi dan lima bucu. Piramid tidak mempunyai permukaan melengkung. Ciri-ciri piramid adalah seperti berikut :

Bentuk
Permukaan rata
Permukaan melengkung
sisi
bucu
Piramid
5
0
8
5

Ciri-ciri piramid




(vi)      Sfera

Sfera mempunyai satu permukaan melengkung sahaja. Sfera tidak mempunyai permukaan rata, sisi dan bucu. Ciri-ciri sfera adalah seperti berikut :

Bentuk
Permukaan rata
Permukaan melengkung
sisi
bucu
Sfera
0
1
0
0

Ciri-ciri sfera


________________________________________________________________________



D.       Bilangan Ciri-Ciri Bentuk Tiga Dimensi

Setiap bentuk tiga dimensi mempunyai bilangan ciri-ciri yang tidak sama. Ciri-ciri pada setiap bentuk tiga dimensi adalah seperti dalam jadual berikut :


Bilangan ciri-ciri bentuk tiga dimensi


  

________________________________________________________________________



E.       Latihan Pengayaan

(i)        Latihan 1                                                                  8 markah





(ii)        Latihan 2
    
            Isikan tempat kosong dengan perkataan yang diberikan.                  
                                                                                                  [16 markah]




(iii)       Latihan 3                                                                         [12 markah]





(iii)       Latihan 4                                                             [17 markah]





(iii)       Latihan 5                                                             [24 markah]




________________________________________________________________________





F.       Aktiviti Pengukuhan

(i)       Nota 1







(ii)            Nota 2








(iii)           Nata 3





________________________________________________________________________



G.       Rumusan

Secara kesimpulannya, topik bentuk tiga dimensi ini memang seronok. Topik ini tidak susah tetapi dapat dikaitkan dengan situasi kehidupan seharian. Bentuk tiga dimensi terdapat di sekeliling anda. Oleh itu, selepas sesi pengajaran dan pembelajaran daripada blog ini, diharap murid-murid dapat lebih mengenal pasti bentuk tiga dimensi dan dapat diaplikasikan pada masa yang akan datang dengan lebih berkesan dan efektif.


________________________________________________________________________



H.       Biblografi

          

________________________________________________________________________

I.     Video Animasi Bentuk Tiga Dimensi



video


________________________________________________________________________

J.     Kuiz Bentuk Tiga Dimensi



Bentuk-bentuk tiga dimensi



Kuiz Bentuk Tiga Dimensi

Berdasarkan gambar di atas, hitung dan tuliskan bilangannya bagi setiap bentuk tiga dimensi.

1.     Kubus   = __________

2.     Kubus   = __________

3.     Kon       = __________

4.     Piramid = __________

5.     Silinder = __________

6.     Sfera     = __________


________________________________________________________________________